Monday, June 16, 2008

Negara nak 'mati'?


Kesan bahawa negara kita sudah menuju ke arah 'mati' semakin kuat. Tidak perlu teori negara yang rumit, semuanya bersepakat bahawa negara dibentuk untuk mencapai tujuan-tujuan utama daripada bermasyarakat iaitu menjamin kesejahteraan hidup, keamanan dan menyelesaikan perselisihan yang terjadi dikalangan rakyatnya. Saat ini negara tidak lagi sungguh-sungguh menjalankan fungsinya.

Rakyat seperti dibiarkan menguruskan urusannya sendiri dan negara cenderung lepas tangan. Negara nyaris tidak dapat berbuat banyak ketika soal kemiskinan masih tidak selesai walaupun 50 tahun sudah merdeka, malah pastinya dengan naiknya harga minyak pasti makin ramai terjerumus ke alam miskin; semakin ramai yang mengidap penyakit kronik tidak terbela kerana belanja rawatan yang mahal; keamanan yang semakin tidak terjamin akibat jenayah seperti pembunuhan, rompakan, curi, samun dan rogol yang menjadi-jadi seakan tidak mampu dicegah lagi. Dalam hal keamanan, sekali lagi rakyat harus menguruskan urusan keamanannya sendiri dengan mengupah jaga swasta atau membuat rondaan sendiri di malam hari.

Bukti negara nyaris mati adalah gagalnya negara menyelesaikan persoalan masyarakat. Kita boleh bertanya, masalah apa yang boleh diselesaikan oleh negara dengan tuntas. Korupsi masih terus terjadi, bahkan menimpa golongan penguasa yang sepatutnya menegakkan hukum undang-undang. Tentu sahaja bukan menjadi satu kejutan lagi bahawa badan-badan penting negara seperti BPR, Kehakiman dan Kepolisan justeru menjadi tempat suburnya korupsi.

Memang beberapa koruptor dihadapkan ke mahkamah, namun siapa pun boleh melihat bagaimana mereka terlepas jua daripada dihukum. Tidak usah disebut lagi kes-kes berprofil tinggi kerana masyarakat akhirnya berputih mata jua. Alasannya, tidak terdapat bukti-bukti pelanggaran undang-undang! Sungguh mengecewakan. Padahal negara kerugian berbillion ringgit atas 'jasa baik' mereka itu.

Dalam banyak masalah sederhana negara juga gagal menyelesaikannya. Misal, betapa banyak saat ini jalan raya yang rusak berlubang sana-sini namun tidak segera diperbaiki. Akibatnya sangat teruk, kemalangan maut mahupun cedera parah atau ringan kerana kecelakaan akibat jalan rosak sudah sering terjadi, bahkan di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Banjir besar di kota seperti tidak pernah mampu diselesaikan. Belum lagi persoalan traffic jam, masalah narkotik, pelacuran, minuman keras, perjudian, pornografi dan banyak lagi. Kita bisa menyimpulkan tidak ada yang tuntas diselesaikan.

Mungkin para ahli politik dan pentadbir berargumentasi bahawa kita perlukan proses yang beransur-ansur, kita baru memasuki era baru pemerintahan selepas pilihan raya umum, seraya menyalahkan era sebelumnya. Pertanyaannya, haruskah rakyat menunggu dan terus menunggu proses yang demikian lama sementara kematian, sakit dan penderitaan ada di depan mata mereka? Apalagi tidaklah tepat kalau kita dikatakan baru memasuki era baru kerana bukankah kita sejak merdeka sehingga sekarang menjalankan sistem Kapitalisme ? Ertinya, sudah puluhan tahun kita menjalankan sistem ini tanpa hasil yang menggembirakan. Jangan diukur dengan tingginya Hiasan di mata, sakit dihatibangunan-bangunan pencakar langit dan infrastruktur-infrastruktur mega maka dikatakan kita maju, bahagia dan sejahtera kerana hakikatnya itu hanya hiasan di mata sahaja. Kalau begitu, kenapa sistem yang gagal dan terus gagal ini perlu dipertahankan ?

Di sinilah letak pentingnya penegakan syariat Islam bagi Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan kita secara tuntas. Apa yang terjadi saat ini sesungguhnya penyebabnya adalah jelas, iaitu sistem Kapitalisme. Apa pun penyelesaian (solusi) yang ditawarkan, yang berakar daripada Kapitalisme pasti gagal. Kerana itu, solusi kita tinggal satu sahaja: kembali kepada syariat Islam.

Syariah Islam sebagai solusi bukanlah slogan. Ia mampu dipertanggungjawabkan secara ideologis, paradigmatis mahupun praktis. Secara ideologisnya, syariat Islam adalah ajaran bersumber dari Allah Swt., Zat Yang Maha Sempurna. Allah Swt Telah menjamin bahawa masyarakat yang menerapkan syariat Islam akan meraih ketenangan, redha Allah, kemakmuran, keamanan dan kemenangan. Sebaliknya, kalau manusia jauh daripada syariat islam, mereka akan ditimpa bencana dan permasalahan bertubi-tubi.

Secara paradigmatisnya, menurut Islam fungsi negara adalah menerapkan syariat Islam yang akan menyelesaikan persoalan manusia, dan fungsi ketua negara yang dikenali sebagai imam atau khalifah adalah mengatur dan mengurus masyarakatnya. Rasulullah saw secara sederhana menggambarkan hal ini dalam haditsnya (yang bermaksud) :

Imam/Khalifah adalah pengurus rakyat dan dia bertanggung jawab atas rakyat yang diurusnya. (HR Muslim)

Imam al-Mawardi dalam kitabnya, Al-Ahkam as-Sulthoniyah menjelaskan apa yang menjadi tugas umum ketua negara, antara lain : menjaga agama agar tetap berada atas dasarnya; menjalankan hukum atas pihak yang bertikai sehingga keadilan dirasakan oleh semua pihak; menjaga kemanan masyarakat sehingga manusia boleh hidup tenang; menjalankan hukuman sehingga larangan Allah tidak dilanggar dan hak hambaNya tidak binasa; menjaga perbatasan negara; berjihad melawan pihak yang menentang Islam setelah disampaikan dakwah kepadanya hingga masuk Islam atau masuk dalam jaminan Islam(dzimmah); menarik fa'i dan memungut zakat; dan sebagainya.

Secara praktis, berdasrkan syariat Islam, negara wajib menjamin keperluan asas setiap individu masyarakat iaitu pakaian, makanan dan tempat berteduh (rumah). Negara juga harus menjamin hak asas kolektif seperti pendidikan dan kesehatan. dalam hal ini negara wajib menjamin pendidikan yang murah , termasuk menjamin kesihatan rakyat.

Berkaitan tanggung jawab ketua negara ini, Rasulullah saw banyak mengingatkan betapa besar dosa penguasa yang menelantarkan rakyatnya. Beliau pernah bersabda kepada Abu Dzar ra. :

"Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan pada Hari Pembalasan ada kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan menjalankan kewajibannya"]

Wallahu a'lam bi as-shawab

.

2 comments:

Fadil Othman said...

As Salam dear brothers in Islam,
memang manusia itu lemah tak upaya nak takbir negara maupun diri semdiri, tapi jangan salahkan musuh, kerna itu memang kerja musuh, tapi usaha buat sendiri, baiki diri??? jadi orang Taqwa...nanti allah akan selesaikan segala masalah atas dasar kita jadi orang taqwa...allah hanya membela orang takwa.....ini yang leceh ni asyek asyek taqwa.....dah lama sedar setiap minggu diingatkn tapi tak ubah diri, tak mau mujahadah...terimalah akibatnya, jangn asyek nak salahkan musuh/orang lain sahaja, cek diri sendiri...marilah kita sama2 berkejar untuk jadi ornag taqwa...kajilah sejarah orang taqwa untk kita ikuti dan terbela oleh illahi, TUHAN YG MAHA SEGALANYA.......Takbir!! ALLAHUAKBAR

Fadil Othman said...

Moha allah bereskan urusan kita dengan jadi orang yng sentiasa usaha kejar dan dapatkan tuhan...taqwa...maaf zahir batin.lain kali kita cerita lagi wassalam UFO