Monday, June 9, 2008

Apabila TNB menjadi syarikat kapitalis




Sungguh mengejutkan apabila mendengar seorang manusia bergaji RM 1.1 juta setahun, itulah hakikatnya yang benar berlaku di Malaysia iaitu CEO Tenaga Nasional Berhad, Che Khalib. Ini gaji pokok tidak masuk elaun lagi. Mungkin mencecah 2 juta setahun kalau dikira elaunnya sekali.

Dikala rakyat disuruh berjimat cermat, disuruh ubah gaya hidup yang hakikatnya sudah pun merasai keperitan akibat naiknya segala harga barang dan merosotnya daya beli, CEO TNB sedang sibuk melobi untuk dinaikkan lagi gajinya 100%.

Inilah 'kehebatan' sistem kapitalisme. Rakyat jelata yang kesempitan disuruh berjimat cermat lagi oleh sang pemerintah yang sibuk untuk mengkayakan dirinya dan keluarganya, dan juga demi menjaga kepentingan sang Kapitalis yang sedang tamak mengaut keuntungan melalui syarikat-syarikat yang berkepentingan kerajaan.

Yang pastinya tariff elektrik dah naik bulan ini demi mengaut lebih banyak keuntungan.

1 comment:

Pi Mai Pi Mai Tang Tu said...

Bersetuju bahawa sistem pemerintahan negara telah menjadi sistem kapitalis.
Jahatnye pemerintah sekarang ini yang telah membudak-budakkan rakyat demi ketamakan kekayaan duniawi mereka. tidak kah mereka jelas akan tiba hari dimana mereka akan ditanya tentang apa yang telah mereka usahakan. Ingat Api Neraka amat dahsyat azabnya.