Wednesday, June 18, 2008

Middle East: King Abdullah convenes conference to embrace Jews and Christians




On 4/6/2008 Saudi Arabia 's king Abdullah urged a gathering of 500 Muslim scholars to open religious dialogue with Christians and Jews. Has not the King heard the all too often derogatory remarks made by the Pope and other western leaders about Islam? Is he not aware of the words of Allah regarding Jews and Christians? Allah says: “the Jews and the Christians will never be pleased with you until you follow their own Deen” [TMQ 2:120]

Americas: Another proof CIA intelligence is cooked for political means


Last week in an interview with the Washington Post, CIA director Hayden said about Al-Qaeda: “Near strategic defeat of Al-Qaeda in Iraq. Near strategic defeat for Al-Qaeda in Saudi Arabia. Significant setbacks for Al-Qaeda globally …” Senator Rockefeller challenged Hayden’s upbeat assessment and cited a litany of public statements by top intelligence officials over the past year that emphasized Al-Qaeda's regeneration in the Pakistan Federally Administered Tribal Areas (FATA).Hayden’s remarks have again rekindled the debate about the CIA not learning from its past mistakes. CIA’s failure to apprehend 9-11 hijackers, the absence of Iraq’s WMD and claims that Iran does not possess nuclear weapons have all come under intense criticism. But despite this, the US political establishment is not prepared to acknowledge the enormous amount of evidence that CIA’s intelligence has been purposefully fabricated by successive US administrations— from President Trueman to President Bush junior— to mobilize American opinion for imperial ventures and justify wars against innocent nations.

Monday, June 16, 2008

Negara nak 'mati'?


Kesan bahawa negara kita sudah menuju ke arah 'mati' semakin kuat. Tidak perlu teori negara yang rumit, semuanya bersepakat bahawa negara dibentuk untuk mencapai tujuan-tujuan utama daripada bermasyarakat iaitu menjamin kesejahteraan hidup, keamanan dan menyelesaikan perselisihan yang terjadi dikalangan rakyatnya. Saat ini negara tidak lagi sungguh-sungguh menjalankan fungsinya.

Rakyat seperti dibiarkan menguruskan urusannya sendiri dan negara cenderung lepas tangan. Negara nyaris tidak dapat berbuat banyak ketika soal kemiskinan masih tidak selesai walaupun 50 tahun sudah merdeka, malah pastinya dengan naiknya harga minyak pasti makin ramai terjerumus ke alam miskin; semakin ramai yang mengidap penyakit kronik tidak terbela kerana belanja rawatan yang mahal; keamanan yang semakin tidak terjamin akibat jenayah seperti pembunuhan, rompakan, curi, samun dan rogol yang menjadi-jadi seakan tidak mampu dicegah lagi. Dalam hal keamanan, sekali lagi rakyat harus menguruskan urusan keamanannya sendiri dengan mengupah jaga swasta atau membuat rondaan sendiri di malam hari.

Bukti negara nyaris mati adalah gagalnya negara menyelesaikan persoalan masyarakat. Kita boleh bertanya, masalah apa yang boleh diselesaikan oleh negara dengan tuntas. Korupsi masih terus terjadi, bahkan menimpa golongan penguasa yang sepatutnya menegakkan hukum undang-undang. Tentu sahaja bukan menjadi satu kejutan lagi bahawa badan-badan penting negara seperti BPR, Kehakiman dan Kepolisan justeru menjadi tempat suburnya korupsi.

Memang beberapa koruptor dihadapkan ke mahkamah, namun siapa pun boleh melihat bagaimana mereka terlepas jua daripada dihukum. Tidak usah disebut lagi kes-kes berprofil tinggi kerana masyarakat akhirnya berputih mata jua. Alasannya, tidak terdapat bukti-bukti pelanggaran undang-undang! Sungguh mengecewakan. Padahal negara kerugian berbillion ringgit atas 'jasa baik' mereka itu.

Dalam banyak masalah sederhana negara juga gagal menyelesaikannya. Misal, betapa banyak saat ini jalan raya yang rusak berlubang sana-sini namun tidak segera diperbaiki. Akibatnya sangat teruk, kemalangan maut mahupun cedera parah atau ringan kerana kecelakaan akibat jalan rosak sudah sering terjadi, bahkan di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Banjir besar di kota seperti tidak pernah mampu diselesaikan. Belum lagi persoalan traffic jam, masalah narkotik, pelacuran, minuman keras, perjudian, pornografi dan banyak lagi. Kita bisa menyimpulkan tidak ada yang tuntas diselesaikan.

Mungkin para ahli politik dan pentadbir berargumentasi bahawa kita perlukan proses yang beransur-ansur, kita baru memasuki era baru pemerintahan selepas pilihan raya umum, seraya menyalahkan era sebelumnya. Pertanyaannya, haruskah rakyat menunggu dan terus menunggu proses yang demikian lama sementara kematian, sakit dan penderitaan ada di depan mata mereka? Apalagi tidaklah tepat kalau kita dikatakan baru memasuki era baru kerana bukankah kita sejak merdeka sehingga sekarang menjalankan sistem Kapitalisme ? Ertinya, sudah puluhan tahun kita menjalankan sistem ini tanpa hasil yang menggembirakan. Jangan diukur dengan tingginya Hiasan di mata, sakit dihatibangunan-bangunan pencakar langit dan infrastruktur-infrastruktur mega maka dikatakan kita maju, bahagia dan sejahtera kerana hakikatnya itu hanya hiasan di mata sahaja. Kalau begitu, kenapa sistem yang gagal dan terus gagal ini perlu dipertahankan ?

Di sinilah letak pentingnya penegakan syariat Islam bagi Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan kita secara tuntas. Apa yang terjadi saat ini sesungguhnya penyebabnya adalah jelas, iaitu sistem Kapitalisme. Apa pun penyelesaian (solusi) yang ditawarkan, yang berakar daripada Kapitalisme pasti gagal. Kerana itu, solusi kita tinggal satu sahaja: kembali kepada syariat Islam.

Syariah Islam sebagai solusi bukanlah slogan. Ia mampu dipertanggungjawabkan secara ideologis, paradigmatis mahupun praktis. Secara ideologisnya, syariat Islam adalah ajaran bersumber dari Allah Swt., Zat Yang Maha Sempurna. Allah Swt Telah menjamin bahawa masyarakat yang menerapkan syariat Islam akan meraih ketenangan, redha Allah, kemakmuran, keamanan dan kemenangan. Sebaliknya, kalau manusia jauh daripada syariat islam, mereka akan ditimpa bencana dan permasalahan bertubi-tubi.

Secara paradigmatisnya, menurut Islam fungsi negara adalah menerapkan syariat Islam yang akan menyelesaikan persoalan manusia, dan fungsi ketua negara yang dikenali sebagai imam atau khalifah adalah mengatur dan mengurus masyarakatnya. Rasulullah saw secara sederhana menggambarkan hal ini dalam haditsnya (yang bermaksud) :

Imam/Khalifah adalah pengurus rakyat dan dia bertanggung jawab atas rakyat yang diurusnya. (HR Muslim)

Imam al-Mawardi dalam kitabnya, Al-Ahkam as-Sulthoniyah menjelaskan apa yang menjadi tugas umum ketua negara, antara lain : menjaga agama agar tetap berada atas dasarnya; menjalankan hukum atas pihak yang bertikai sehingga keadilan dirasakan oleh semua pihak; menjaga kemanan masyarakat sehingga manusia boleh hidup tenang; menjalankan hukuman sehingga larangan Allah tidak dilanggar dan hak hambaNya tidak binasa; menjaga perbatasan negara; berjihad melawan pihak yang menentang Islam setelah disampaikan dakwah kepadanya hingga masuk Islam atau masuk dalam jaminan Islam(dzimmah); menarik fa'i dan memungut zakat; dan sebagainya.

Secara praktis, berdasrkan syariat Islam, negara wajib menjamin keperluan asas setiap individu masyarakat iaitu pakaian, makanan dan tempat berteduh (rumah). Negara juga harus menjamin hak asas kolektif seperti pendidikan dan kesehatan. dalam hal ini negara wajib menjamin pendidikan yang murah , termasuk menjamin kesihatan rakyat.

Berkaitan tanggung jawab ketua negara ini, Rasulullah saw banyak mengingatkan betapa besar dosa penguasa yang menelantarkan rakyatnya. Beliau pernah bersabda kepada Abu Dzar ra. :

"Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan pada Hari Pembalasan ada kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan menjalankan kewajibannya"]

Wallahu a'lam bi as-shawab

.

Wednesday, June 11, 2008

Americas: Obama’s is the democratic nominee but his outlook on the Muslim world remains unchanged



On 3/6/2008 Senator Obama achieved the required number of delegates to become the Democratic Party’s official nominee. He will now take on of the Republican Party for upcoming US general elections scheduled for later this year. Despite Obama’s rhetoric about making changes to US foreign policy—very little is about to change. His comments on Pakistan, Iran , Palestine and Iraq in strategic terms are similar to those espoused by the Republican Party and Senator McCain. The changes mooted by Obama are only tactical, such as the ‘withdrawal’ of US troops from Iraq and America’s right to attack Pakistan unilaterally. It is very unlikely that the Presidential contest will be won on foreign policy. Obama’s winning speech in St Pauls Minnesota was peppered with references to economic issues, and most likely it is on this that the election will be won or lost.

Monday, June 9, 2008

Kisah 'Orang Terkaya Dunia'


Menurut majalah bisnes, Forbes, Gates(kanan, tengah adalah isterinya Melinda Gates) tidak lagi sebagai orang terkaya di dunia, gelaran itu beralih ke tangan Warren Buffet(kiri), seorang kapitalis Amerika. Forbes memperkirakan kekayaan pribadi Buffet berjumlah sekitar 62 billion dollar.

Bill Gates bahkan tidak berada di kedudukan kedua, tetapi ditempat ketiga. Ketika ini kekayaan beliau adalah 58 billion dollar.

Begitulah kisah orang-orang terkaya di dunia yang masing-masing berlumba untuk berada di tempat pertama dengan menumpukkan segala kekayaan dunia pada diri mereka. Faktanya, kekayaan Bill Gates sahaja mampu menampung perbelanjaan negara terbesar dunia, Russia selama setahun. Apa kurangnya dengan Malaysia, lebih 30% kekayaan negara berada ditangan 40 individu yang bergelar kapitalis (klik di sini).

Itulah hakikat kapitalisme, kekayaan negara akan berlegar pada sekelompok kecil manusia tamak yang dipanggil kapitalis/pelabur dan pemerintah yang berkepentingan dengan mereka. 'Habuk-habuk' nya dinikmati oleh rakyat jelata.

Apabila TNB menjadi syarikat kapitalis




Sungguh mengejutkan apabila mendengar seorang manusia bergaji RM 1.1 juta setahun, itulah hakikatnya yang benar berlaku di Malaysia iaitu CEO Tenaga Nasional Berhad, Che Khalib. Ini gaji pokok tidak masuk elaun lagi. Mungkin mencecah 2 juta setahun kalau dikira elaunnya sekali.

Dikala rakyat disuruh berjimat cermat, disuruh ubah gaya hidup yang hakikatnya sudah pun merasai keperitan akibat naiknya segala harga barang dan merosotnya daya beli, CEO TNB sedang sibuk melobi untuk dinaikkan lagi gajinya 100%.

Inilah 'kehebatan' sistem kapitalisme. Rakyat jelata yang kesempitan disuruh berjimat cermat lagi oleh sang pemerintah yang sibuk untuk mengkayakan dirinya dan keluarganya, dan juga demi menjaga kepentingan sang Kapitalis yang sedang tamak mengaut keuntungan melalui syarikat-syarikat yang berkepentingan kerajaan.

Yang pastinya tariff elektrik dah naik bulan ini demi mengaut lebih banyak keuntungan.

Antara sebab minyak naik..




Pakar ekonomi rejim AS yang memperoleh hadiah Nobel dibidang ekonomi, Joseph E. Stiglit, mengungkapkan analisis yang mengejutkan masyarakat awam AS. Ia menjelaskan bahwa biaya perang Iraq yang harus dipikul oleh rejim AS sejak menjajah Iraq naik tiga kali ganda daripada tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun 2008 yang diperkirakan untuk biaya perang setiap bulan adalah 12 billion dollar setiap bulan. Fantastik..

Inilah antara sebab kenapa para kapitalis begitu tamak mengaut keuntungan dalam pasaran hadapan (future trading) New york Mercantile Exchange. Satu, untuk membiaya perang di Iraq dalam rangka kempennya memerangi keganasan (baca:Islam) yang sebenarnya untuk mengeruk hasil bumi 'emas hitam' Iraq. Dua, memaksimumkan keuntungan hasil daripada jual-beli minyak.

Siapa untung, para kapitalis dan pemerintah yang bersekongkol dengan mereka. Siapa rugi, rakyat jelata jualah akhirnya.

Saturday, June 7, 2008

Rahmat seluruh Alam





Ruba'i bin Amir memecut dengan kudanya. Ia menuju perkhemahan Rustum, Panglima Angkatan Tentera Parsi saat itu. Setibanya di sana, ia mendapati semua pembesarnya memakai pakaian rasmi kerajaaan. Ruang dewan meraka dihiasi dengan hamparan permaidani dan sutera yang serba mahal. Rustum duduk di singgahsananya. Ia memakai mahkota emas yang terhias dengan batu permata yang serba mahal. Sebaliknya, Ruba'i bin Amir, Panglima Angkatan Tentera Kaum Muslim itu hanya berpakaian kasar dan serba sederhana.

Ruba'i bin Amir langsung masuk ke perkhemahan itu tanpa menghiraukan hal sekelilingnya. Ia tetap menunggang kudanya dan membiarkan kaki kudanya mengotori hamparan permaidani yang serba mahal itu. Tiba-tiba ia berhenti. Kemudian turun dari kudanya sebelum sampai di hadapan Rustum yang menantinya. Rupanya Rustum telah sengaja memasang palang besi setinggi setegah badan menghadang laluan Ruba'i. Rustum berharap pemimpin pasukan Muslim itu berjalan membongkokkan badan menghadapnya. Namun Ruba'i bin Amir tidak kalah cerdiknya, ia membalikkan tubuhnya , lalu berjalan mundur kehadapan lalu membongkokkan badannya sehingga punggungnya menungging ke arah sang Panglima Persia itu.

Ruba'i lalu berjalan menghadap Rustum dengan tetap menyandang tombaknya. Seketika itu pula hamparan permaidani itu terkoyak-koyak oleh senjatanya. Melihat perkara itu, para pembesar itu segera berteriak, "Letakkan senjata itu!"

Rubaii menjawab, "Aku datang kemari hanyalah atas undangan kalian. Jika kalian suka, biarkan aku dalam keadaanku seperti ini. Kalau tidak, aku akan pulang."

"Biarkan ia menghadap!" kata panglima Rustum.

Rustum lalu mengajukan satu pertanyaan, "Apakah yang mendorong kalian datang ke negeri kami?"

Ruba'i, dengan berdiri tegak penuh wibawa, menjawab dengan tegas, "Kami datang untuk membebaskan manusia daripada penyembahan sesama manusia kepada penyembahan hanya kepada Allah; dari pada kesempitan dunia kepada keluasannya; daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."

Begitulah Ruba'i, ia menjelaskan bahawa kedatangan pasukan Negara Islam ke negeri Persia bukan kerana cita-cita ekonomi atau politik demi mengeksploitasi bangsa atau negara yang dikuasai. Sebaliknya, kedatangan tentera Islam membawa misi luhur; memerdekakan manusia dari segala bentuk penindasan; menebarkan kebaikan, rahmat dan hidayah;serta menerangi jalan hidup dan melenyapkan kezaliman yang membelenggu mereka. Inilah misi mulia yang dibawa Daulah Islam.

Sebelum Ruba'i, utusan lain yang datang kepada Rustum adalah Mughirah bin syu'bah. Seperti ditulis oleh Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wa an Nihayah, Mughirah bin Syu'bah juga menyampaikan jawapan yang sama ketika ditanya Rustum, "Dunia bukanlah tujuan kami. Cita-cita dan tujuan kami adalah akhirat. Allah telah mengutuskan kami Rasul dan dia berkata kepadanya (yang maksudnya): Aku telah memberikan kekuasaan kepada kaum ini (kaum muslimin) atas orang-orang yang tidak tunduk pada agama-Ku."

Rustum bertanya lagi, " Agama apakah itu?"

Mughirah menjawab, "Tiangnya yang tegak diatas kesaksian, bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, serta pengakuan atas semua yang datang dariNya."
(Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, IV/43)

Politik Luar Negeri Daulah Islam ( dulu vs sekarang)

Fragmen di atas setidaknya memberi pelajaran berikut :

  • Pertama, politik luar negeri Daulah Islam adalah Dakwah dan Jihad. Inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw, saat mengepelai pemerintahan negara di Madinah, juga Khulafa'ur Rasyidin dan para Khalifah setelah sepanjang sejarah kekhilafahan Islam.
  • Kedua, peluasan wilayah Daulah Islam tidaklah dimaksudkan untuk tujuan-tujuan duniawi, tetapi untuk untuk tujuan mulia: menyebarkan risalah tauhid yang substansinya adalah membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada penghambaan hanya kepada Penguasa manusia dan seluruh alam semesta, Allah swt.

Misi ideologis Islam inilah yang tidak dimiliki oleh negara-negara Muslim saat ini, bahkan yang mengklaim sebagai negara islam seperti Arab Saudi, Iran dan sebagainya. Sebabnya, Islam memang tidak dijadikan ideologi negara mereka. Islam paling kuat pun hanya menjadi falsafah negara, sementara dasar negara mereka yang sebenarnya adalah sekularisme. Wajarlah jika negara-negara Muslim saat ini tidak memiliki wibawa, bahkan harga diri dihadapan negara-negara kafir. Para penguasanya cenderung tidak mandiri. Mereka justeru lebih selesa tundukkepada kekuatan negara-negara kafir imperialis, perbuatan yang terang-terangan melanggar firman Allah SWT yang bermaksud :

Allah tidak akan pernah memberikan jalan kepada kaum kafir untuk menguasai kaum Mukmin. (TMQ an-Nisa'[4]: 141)

Kerana itu, alih-alih memiliki misi untuk menyebarkan risalah Islam dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia, untuk mencegah negara mereka daripada campurtangan negara-negara kafir imperialis pun mereka tidak berdaya.

Hal ini amat kontra dengan realiti keadaan Daulah Islam pada masa Nabi saw, juga pada masa kekhilafahan Islam pada masa Khulafaur Rasyidin mahupun para khalifah setelah mereka, yang begitu disegani bahkan ditakuti oleh negara-negara besar pada masa itu; Rom dan Parsi. Kewibawaan Daulah Islam atau Khilafah Islam dihadapan negara-negara superpower pada ketika itu antara lain tercermin oleh sikap Panglima Angkatan Tentera Khilafah seperti Ruba'i bin Amir dan Mughirah bin Syu'bah. Orang-orang seperti Ruba'i dan Mughirah tidak pernah kehilangan maruah ketika berhadapan dengan penguasa negara superpower. Bandingkan dengan sikap para penguasa negeri-negeri Muslim saat ini, yang begitu hormat bahkan cenderung tunduk dan patuh kepada Presiden AS George W. Bush misalnya, seolah-olah dialah tuan malah seperti 'tuhan' mereka.
.

Maka dengan ini kita bisa menyimpulkan bahawa umat Islam hanya mungkin berwibawa dan disegani bangsa-bangsa lain ketika mereka memiliki sebuah institusi negara yang kuat; negara yang menjadikan akidah Islam sebagai asas ideologinya. Itulah Daulah Islam atau Khilafah Islam yang akan membawa risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Wama tawfiqi illa billah.

Rujukan : Arief B. Iskandar, al-Wa'ie, Januari, 2008.

Kapitalisme yang menjahanamkan umat manusia

Sejak sembilan bulan yang lalu, harga makanan dunia telah meningkat lebih daripada 40% dan kadar simpanan makanan kini pada tahap terendah sejak 30 tahun. Kenaikan mendadak harga makanan kini telah mencapai tahap kritikal terutama bagi negara-negara miskin. Pada 29 Februari 2008, demonstrasi besar-besaran berlaku di Mexico akibat dari kenaikan harga tepung tortilla. Di Senegal, Mauritania dan beberapa negara di Afrika berlaku tunjuk perasaan akibat dari kenaikan harga bijirin. Di Yemen pula, kanak-kanak melakukan demonstrasi untuk menarik perhatian pemerintah mengenai kebuluran kanak-kanak. Di Indonesia, negara yang pada hakikatnya adalah sebuah negara kaya yang mampu menampung keperluan makanannya sendiri, bahaya kebuluran sudah mula mengancam. Pada 13hb Februari yang lalu, FAO telah mengumumkan bahawa akibat dari harga makanan yang naik mendadak, 36 buah negara berada dalam krisis yang amat buruk. Dan di banyak negara lain, ia diburukkan lagi dengan konflik, banjir dan cuaca buruk.


Di antara yang didakwa menjadi sebab utama masalah ini adalah kenaikan harga minyak dan baja, permintaan yang tinggi ke atas tanaman makanan untuk tujuan penjanaan bahan api bio (biofuel) dan simpanan makanan dunia yang rendah di samping alasan yang menjadi isu ‘evergreen’ – pertambahan penduduk dunia yang terlalu cepat berbanding pengeluaran makanan untuk menampung pertambahan ini. Namun, apa yang pelik adalah, tidak pula disebut mengenai masalah ‘pengagihan’, sedangkan kita sedia maklum bahawa sejak dahulu lagi, dalam suasana sebahagian Afrika dalam kebuluran, terdapat lebihan makanan di bahagian utara dunia (Barat). Hakikatnya, masalah kenaikan harga makanan yang sedang melanda dunia ini merupakan akibat dari kedurjanaan sistem kapitalis yang menompokkan kekayaan hanya pada golongan tertentu sahaja. Setiap kali krisis seperti ini berlaku, ada saja perkara lain yang dipersalahkan. Antara yang dipersalahkan adalah pertumbuhan penduduk yang terlalu cepat berbanding dengan pengeluaran makanan yang dapat menampung pertumbuhan tersebut.

Salah satu teori yang kerap digunakan adalah teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18. Beliau menulis sebuah buku bertajuk An Essay on the Principle of Population as it Affects the Future Improvement of Society pada tahun 1798, yang mana di dalamnya dikatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik. Ini bermakna bahawa beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus, sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan.

Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta dan pada kurun 21, populasi Britain telah bertambah sebanyak 59 juta penduduk, tetapi tidak terdapat mana-mana bahagian Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan dan kebuluran yang serius walaupun Britain pada amnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Hakikatnya, pendapat Malthus adalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk dunia.

Menurut kajian dari UN yang bertajuk United Nations State of Food and Agriculture Reports, sejak Perang Dunia Kedua, makanan dunia telah bertambah sebanyak 30% bagi setiap penduduk dunia. Dan bagi sesetengah negara membangun, pertambahan pengeluaran makanan mencapai 38%. Ini termasuklah Arab Saudi, negara padang pasir yang berada di tempat ke sepuluh dalam pengeluaran gandum, mengeksport AS200 juta dollar gandum setiap tahun.

Menurut kajian UN bertajuk The State of Food and Agriculture (SOFA) 2007 pula, pengeluaran pertanian bertambah sebanyak 2.3% setiap tahun dan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tahun 1960-an, dan adalah melebihi pertambahan populasi dunia sebanyak 1.7% setiap tahun. Dan pemakanan manusia bertambah daripada 2,280 kcal bagi setiap seorang setiap hari dalam tahun 1960-an kepada 2,800 kcal bagi setiap seorang setiap hari dalam tahun 2000.

Namun negara-negara membangun dan dunia ketiga kerap dipersalahkan kerana mempunyai pertambahan populasi yang terlalu tinggi walaupun negara-negara industri Barat menggunakan 81% daripada jumlah barangan produksi dunia. Walaupun negara dunia ketiga mempunyai jumlah yang lebih besar kekayaan semula jadi tetapi ia hanya menggunakan sejumlah 3.6% daripada kekayaan semula jadi dunia. Negara industri Barat menggunakan sejumlah 50% daripada simpanan minyak dunia, walaupun mereka hanya mengeluarkan sebanyak 25% daripadanya.

Sistem ekonomi Kapitalis Barat melihat masalah ekonomi dunia sebagai masalah produksi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ekonomi dunia, yang dianggap berlandaskan persoalan produksi, maka sesebuah negara haruslah menekankan aspek produksinya di mana kejayaan atau kegagalan sesebuah negara itu diukur melalui Gross Domestic Product (GDP). Sistem ekonomi Kapitalis langsung tidak menekankan persoalan pengagihan dan jaminan keperluan asasi ‘setiap individu’ manusia.

Kepincangan ini, pada hakikatnya bukanlah termanifestasi hanya di negara termiskin, ia juga berlaku di negara utama kapitalisme, Amerika Syarikat. AS yang mempunyai populasi sebanyak 4% sahaja daripada jumlah penduduk dunia menggunakan sebanyak 25% daripada barangan keperluan dunia, termasuklah makanan. Ini mungkin menyebabkan kita menjangka bahawa penduduk AS mempunyai taraf hidup yang tinggi, namun, menurut sebuah kajian yang dilakukan di World Socialist Web Site (WSWS) bertajuk Hunger and Homelessness Survey pada Disember 2007, keperluan makanan telah bertambah bagi setiap 4 daripada 5 kota di AS. Dan sembilan daripada sepuluh kota di AS memerlukan keperluan perumahan bagi penduduknya yang tidak mempunyai rumah sendiri!

Dalam suatu kajian yang lain oleh U.S. Department of Agriculture bertajuk Household Food Security, ia mengatakan bahawa 35 juta daripada penduduk AS hidup dalam kelaparan dan 12.6 juta dari angka tersebut merupakan kanak-kanak. Ini bermakna, setiap satu daripada lima orang kanak-kanak di AS mengalami masalah kekurangan makanan, sementara 36.5 penduduk AS adalah terdiri daripada golongan fakir-miskin. Dan dalam masa yang sama, AS juga merupakan negara yang paling banyak mempunyai jutawan dan ribu-jutawan berbanding negara-negara lain di dunia.

Benar, masalah kekurangan makanan dan kebuluran memang sedang berlaku di dunia hari ini. Namun, masalah tersebut bukanlah berpunca daripada rendahnya ‘produksi makanan’, tetapi ia sebenarnya berpunca dari masalah ‘pengagihan makanan’.

Adapun mengenai dakwaan bahawa kenaikan harga makanan adalah akibat dari permintaan tinggi terhadap makanan bagi penjanaan bahan api bio, perlulah diperhatikan bahawa penghasilan bahan api bio hakikatnya tidaklah melibatkan makanan seperti beras dan gandum yang merupakan makanan utama bagi kebanyakan penduduk di dunia. Seharusnya, dengan meningkatnya keperluan untuk penghasilan bahan api bio, maka sewajarnya harga minyak mentah menunjukkan penurunan. Namun, ini tidak berlaku – bahkan harga minyak kini telah mencecah USD107 setong! Bandingkanlah dengan harga minyak yang hanya menjangkau USD50 setong sebelum AS menceroboh Iraq lima tahun lepas!

Bagi mereka yang benar-benar prihatin dan ikhlas dalam memikirkan perkara ini, mereka akan dapat melihat bahawa sebenarnya sikap boros, rakus dan tamak negara-negara industri Kapitalis Baratlah yang menjadikan negara dunia ketiga dan negara membangun mengalami krisis ekonomi, dan kini krisis makanan yang begitu kritikal. Segala alasan, termasuklah alasan kurangnya stok makanan dan pertambahan penduduk di dunia ketiga (oleh itu permintaan makanan menajdi tinggi) hanyalah merupakan justifikasi untuk mempertahankan sistem Kapitalis yang sudah rosak dan busuk ini.

Berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis yang menekan dan zalim, Islam menitik beratkan pengagihan keperluan asas, termasuk makanan dan kekayaan kepada ‘setiap individu’ dan mengharamkan kekayaan dan keperluan hidup dikuasai hanya oleh golongan tertentu dalam masyarakat seperti syarikat-syarikat multinasional dan golongan yang kaya-raya. Sememangnya di dalam masyarakat akan terdapat golongan yang lemah dan tidak berkeupayaan untuk memiliki keperluan asas untuk hidup, namun Islam telah menggariskan tatacara penjagaan golongan tersebut agar hidup mereka tidak terabai dalam Daulah Islam.

“Dan janganlah harta kekayaan berputar pada golongan yang kaya di antara kamu” [TMQ Al-Hashr: 7]

Setiap manusia mempunyai hak terhadap keperluan hidup seperti makanan, tempat perlindungan dan pakaian dan setiap manusia juga berkongsi dalam kepemilikan mereka ke atas air, bahan api dan tanah pertanian. Pada masa yang sama setiap manusia juga berhak mendapatkan hak-hak mereka secara percuma dalam bidang pendidikan, perubatan dan apa-apa sahaja perkara yang menyentuh hak manusia yang hidup sebagai sebuah masyarakat. Hanya Islamlah yang menjanjikan semua ini, sebagai satu-satunya cara hidup yang benar yang pasti akan membawa rahmat ke seluruh alam.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. One in Ten Americans Went Hungry Last Year, By Abid Aslam, IPS News. Posted November 28, 2007 http://www.alternet.org/story/68054/
2. The State of Food and Agriculture (SOFA) 2007 , (ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/a1200e/a1200e07.pdf) March 2008
3. http://www.pregnantpause.org/overpop/food.htm March 2008.